Friday, August 8, 2014

Resepi Agar-agar Oreo

Note : This post is written in fully Bahasa Melayu. Please select all text to translate to any language you desired.


Assalamualaikum
Salam 12 Syawal 1435

Alhamdulillah, raya dah selesai.

Hari ni pejabat saya ada buat jamuan raya atau pot luck.
Pot luck maksudnya bawa makanan yang masak sendiri di rumah dan makan ramai-ramai.

Saya ni selalu takde idea kalau nak masak-masak. Jadi nak mudah saya buat je agar-agar. Tiba-tiba dapat idea nak buat Agar-Agar Oreo.

Ok, jom tengok resepi.

Bahan-bahan :-

1 bungkus agar-agar / 20g agar-agar
1 liter air
1 tin susu cair / 400ml fresh milk (saya guna susu cair, tapi kalau fresh milk lagi sedap)
3 sudu besar choco powder (saya guna brand Hershey's)
1 paket biskut Oreo
Essen vanila
Gula ikut rasa manis sendiri

Cara penyediaan :-

Masak agar-agar dengan air, nak dekat mendidih masukkan gula dan susu.
Kacau sampai mendidih.
Masukkan essen vanila. Sedapnya bau masa ni hehe..
Bahagikan kepada dua bekas.
Satu bekas masukkan choco powder, kacau sebati.
(Kalau berketul, guna whisk yang pukul telur tu).
Susun oreo cantik2 dalam acuan.
Tuang sikit agar-agar susu sampai 3/4 ketinggian biskut oreo je...
Masukkan dalam fridge bagi keras sikit.
Setelah agar-agar mengeras, masukkan baki agar-agar susu tu.
Masuk balik ke dalam fridge untuk agar-agar mengeras, cakar sikit permukaan agar-agar tu dengan garpu untuk bagi melekat dengan agar-agar choco.
Masukkan agar-agar choco dan sejukkan.
Siap!

Cara hidang / potong :-

Rendam acuan dalam air sekejap.
Terbalikkan acuan.
Hasilnya akan nampak biskut oreo yang susun cantik tu kat atas.
Potong agar-agar dan hidangkan.


Haaaaa senangkan?
Boleh lah cuba ye!
Ambil gambar dan share di ruang komen di bawah, ok?

Agar-agar Oreo saya laku betul masa potluck. Paling cepat habis. Alhamdulillah, sedekah hari Jumaat. Kesian kat kawan-kawan yang tak dapat rasa, takpe nanti InsyaAllah buat lagi.

Ini lah rupa agar-agar selepas dah sejuk dan keras, acuannya saya terbalikkan. Tadaaaa...suka sangat tengok biskut Oreo yang timbul tu kan ^_^ 


Hehe ulang tayang lagi gambar ni
Sebenarnya gambar ni saya dah edit dan naikmuat di akaun Instagram saya. Klik link ni http://instagram.com/p/ratiBtFe0k/ kalau nak follow saya di Instagram pun boleh. Sangat dialu-alukan.

Ok, itu saja saya nak membebel hari ni.
Babai!

No comments:

Post a Comment