Saturday, March 19, 2011

Let's Cooking : Japanese Ramen Style Noodle Soup



Disebabkan dah boring sgt asik makan yg sama je tiap2 hari dan malas nak kuar umah ari ni, so saya masak je ape2 bahan2 yg ada kat dalam fridge. Resepi ni suka2 je saya reka sendiri, inspirasi daripada video2 masakan Jepun yg saya tgk kat Youtube. Kalo korang pun seorang Youtuber yg aktif, saya rekemen korg 2 channel "guru" masakan Jepun yg best : cookingwiththedog dan runnyrunny999. Do check them out, ok? So, lets proceed to my simple noodle dish for today. Hai, dozo!


Bahan-bahan untuk Sup :

500ml air
5 sudu besar kicap cair
2 biji bawang putih - dicincang
Halia (saiz ibu jari) - dicincang
Sedikit ikan bilis / kiub ayam
Sedikit serbuk lada putih
Cili padi (jika mahu extra pedas)
Sedikit garam dan gula (secukup rasa)

Bahan-bahan lain :

2 keping dried noodle (mee kering)
1 biji telur ayam
Brokoli (beberapa potong) - dipotong kecil
Lobak merah (beberapa potong) - dipotong bulat
3 ketul tauhu goreng (fried tofu) - dipotong 4
Daun bawang - dipotong kecil




















Cara-cara memasak :

Rebus mee dan toskan.
Rebus telur dan kupas kulitnya. Potong dua telur tersebut. Pastikan kuning telur masih cair.
Celurkan brokoli, karot dan tauhu goreng.
Untuk sup :
Masukkan air, kicap cair, ikan bilis, bawang putih, halia, cili padi dan lada putih ke dalam periuk.
Setelah mendidih, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Hati-hati jangan letak garam banyak sbb kicap dah rasa masin. Gula pula hanya untuk menstabilkan rasa sahaja.
Tapiskan sup ke dalam mangkuk hidangan.
Setelah itu, masukkan mee ke dalam mangkuk hidangan yang telah diisi sup, susunkan brokoli, karot, tauhu dan telur diatasnya. Taburkan sedikit daun bawang.





















Tadaaaa!!
Sedia untuk dimakan.
Hidangkan bersama teh hijau panas.

This recipe is for 2 servings.

Selamat Mencuba!
Gambatte ne!

Ittadakimasu ! :)





4 comments: